L O N E L Y

HOME PROFILE BIASES TWITTER FOLLOW DASHBOARD

" If you're not good at studying , don't even think about liking me " - Kim Jong In




Atiqah Farah Jalilah Ieyla


© Skin by Ken Eriksen inspired by atiqah jaidin. Helper andRe-edit this blog by Syra
Keep Calm and laugh Loudly ~~
Wednesday, 24 April 2013 | 0 XOXO (s)

   



       




   Assalamualaikum ,,

Malam ni terasa nak cerita pasal hari ni lah . Hari ni sepatutnya hari yang memalukan bagi aku tapi sebaliknya pulak yang terjadi . Sebenarnya macam ni lah .. Waktu Subjek PSK (Pendidikan Sivik Kewarganegaraan) atas arahan cikgu kiteorang kena buat persembahan . Contohnya , berlakon , menyanyi , choral speaking dan banyak lagilah .

Kump 1 (P) : Berlakon ( Bawang Putih Bawang Merah ) - Ros Amiza   ,Sabrina , Asma , Aina , Sarah , Azween , Fadila dan Nasuha.
 Kump 2 (P): Berlakon ( Ops Tersilap ) - Murni , Alya , Syafiqah , Caroline  , Saranyah , Sheryl dan Amira.
 Kump 3 (l) : Berlakon
Kump 4 (L) : Nyanyian

Mula-mula kumpulan pertama keluar buat persembahan , dalam hati ni jangan tanyalah memang menggelabah habis , nak tergelak aku pandang Alya yang over sangat . Best tengok diorang buat persembahan , ada yang kelakar senang bak kata Uncle Aznil " Macam-macam ada ~~ " .

Dalam beberapa minit tu diorg dah selesai , then cikgu panggil kumpulan seterusnya , kumpulan siapa ek ? kumpulan den la !~~ Huhu . Masa tengah jalan nak keluar dari kelas aku senyap je padahal dah 4 bulan lebih aku steady je dengan kelas aku . Tiba-tiba aku jadi gugup semacam . Caroline pun buat intro kat depan sementara aku dengan yang lain ada dekat luar . Bila kiteorg dah masuk . Caroline pon cakap " Saranyah melakonkan watak sebagai penjahat yang menyamar sebagai polis . Syafiqah pula melakonkan watak sebagai mangsa ragut . Manakala , Sheryl dan Amira melakonkan watak sebagai polis . Murni pula sebagai kawan kepada mangsa yang kena ragut dan Alya .... " Senyap .

" ... sebagai mangsa polis " sambungnya . Then kiteorg pon keluar balik tunggu giliran untuk 'beraksi'  sementara Caroline masih kat dalam . Untuk babak pertama Syafiqah dan Saranyah masuk . Mula-mula Syafiqah terjatuhkan begnya dan Saranyah pulak nampak then  ... 

 " Biar saya tolong awak angkat beg ni " kata Saranyah.
" Takpe takpe saya boleh "  pintas Syafiqah . 
" Takpe saya tolong " balas Si Pencuri balik .
" Takpe !! Takpe !! " 
Then bermula lah aksi tarik-menarik beg . Penonton pun mula bergelak sakan . Syukurlah ~~~ 
Then Si Pencuri dapat beg Syafiqah dan terus melarikan diri keluar dari kelas . Lepas tu , Syafiqah terus report kepada  Dua Anggota Polis yang kebetulan lalu kawasan disitu .

" Kenapa cik ? " tanya salah seorang daripada anggota polis tu
" Beg saya kena ragut . " 
" Cik tau macam mana ciri-ciri perompak tu ? "
" Rambut dia bertocang " 
" Baik cik , kami akan cari dia secepat mungkin " 
  

Then babak Alya kena masuk . Tiba-tiba , Alya kena belasah dengan dua orang anggota polis . Habis kecoh kelas . Teruk sampai Alya terjatuh . Then sudah tiba babak aku pulak . Aku pon baru muncul lagak macam baru keluar dari tandas .

" Kenapa awak belasah dia ?! " soalku kehairanan
" Dia ragut beg orang " balas salah seorang dari anggota polis
" Awak tak ada bukti pon nak tuduh dia sembarangan !!! " 
" Hei ! Kita dah salah orang lah , yang peragut tu bertocang ! Yang ni bukan ! "
"Ops ! Tersilap sorry " balasnya .
" Isk Isk Isk , kesian kau "
" Sedap tak ? " soalku sambil menayangkan jari ThumbsUp
" Huhu "

Then anggota polis ajak aku siasat pencuri tu . Dalam beberapa minit dah jumpa dia . Dalam perjalanan mereka membawa Si Pencuri ke lokap , aku sempat menayangkan jari ThumbsUp buat kali keduanya ke arah Si Pencuri tu . Dan , Si Pencuri tu sudah dimasukkan ke dalam lokap .

Cerita pon dah habis dan ....

" Moral yang diambil dari sketsa ini ialah janganlah meragut beg orang .... "
" Dan kepada polis buatlah kerja anda dengan teliti dan cekap " pintas Sheryl . 

" Sekian dari kami , terima kasih "  Kami tunduk serentak dan mula beredar . Tepukan gemuruh yang diberikan kepada kieorg . Aku dan geng aku tersenyum tanda puas . 

Cikgu pon kata " Ok . Cikgu nak budak-budak laki sila bagi komen dan ulasan tentang persembahan kumpulan 1 dan seorang lagi lelaki untuk kumpulan 2 . "

Haziq pon tawarkan diri untuk mengulas persembahan kumpulan 1 . " Ros terlalu banyak sangat gelak ! " Automatik suasana yang sunyi jadi hingar-bingar dengan suara budak perempuan . " Lepas tu Ros tak sesuai jadi Bawang Merah . " Terus kumpulan 1 protes habis kat dia . Huhu .

Lepas tu cikgu pilih Azri yang pendiam . Bak kata orang diam-diam berisi . Dan dia pon tanya . 
" Kenapa masa berlakon tadi banyak cut-cut ? "
Amboih!!! Pedasnya!! Fuh ! Fuh !
Lepas tu cikgu suruh Saranyah jawab bagi pihak kiteorg . Konon nak backup lah .
" Sebab nama tajuk ."
Hahahahaha . X nak kuat pulak suara diorang gelak . Itupon idea daripada aku dengan Sheryl .

Cikgu pon cakap ...
" Oh , patutlah nama cerita ni pon ' Ops Tersilap ' rupa-rupanya sebab banyak silap ek ? "
Then ada orang yang gelak terutamanya budak perempuan.

" Ha'ah " Jawab Saranyah sambil mengangguk tanda setuju dengan hujah cikgu .
" Ok ok awak boleh duduk Saranyah , Azri " kata Cikgu .

Ok . Sekarang ada 2 lagi je kumpulan yang belum buat persembahan . Minggu depan cikgu nak korang buat persembahan . Ready atau tak ready kena jugak buat . 
 Then cikgu tanya diorang buat persembahan apa untuk minggu depan . 

" Cikgu , kenapa tak nak buat sekarang je ? " soal Azween
" Tak cukup masa , tak pe kumpulan lelaki boleh buat minggu depan je "
' Mana aci diorg buat minggu depan ' Kata aku dalam hati.
' Tak pe tak pe , kita tengok diorang buat best ke tak ' . Kata aku just nak sedap kan hati je . Huhu

Memang best lah ! Rasa nak je berlakon lagi . KahKahKah ! 

Ini je yang kita nak bagitau . See ya ! Assalamualaikum~~ :))


                                   

Sincerely ~ Murni Nur Izzati :))